Hari yang dinanti, sudah tiba.. Pagi tadi beberapa orang guru telah pergi mengambil van yang akan menjadi pengangkutan kedua sekolah setelah berjaya mengumpulkan dana yang agak besar melalui kutipan Smk KGV Cgarity Run yang berlangsung baru-baru ini.
Dengan adanya van yang baru ini, sedikit memudahkan pelajar untuk membuat aktiviti luar. Tujuan utama kenderaan ini dibeli adalah bagi memudahkan pelajar asrama berulang alik ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Disamping itu ianya juga menjadi kenderaan utama sekolah bagi sebarang aktiviti luar. Ucapan terima kasih pihak sekolah rakamkan kepada pengurusan PIBG, para ibubapa, para waris dan penderma yang sudi memberi sumbanagn dana untuk pembiayaan membeli van ini.
Terima kasih semua. Semoga sumbangan kita semua dikira sebagai ibadah dan diberkati Allah.
Pada sesi akan datang kita fikirkan bersama keperluan yang lebih penting bagi kemudahan pelajar.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadhrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam acara gilang gemilang bersempena KGV CHARITY RUN 2019 peringkat KEBANGSAAN SMK KING GEORGE V. Justeru, pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih terutamanya kepada semua warga SMK KING GEORGE V yang telah hadir pada hari ini. Salam tahniah juga dihulurkan kepada semua pihak yang turut menyertai acara larian KGV CHARITY RUN pada pagi ini, sekaligus membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah.
Program :3rd International Children’s Art Competition
Tahniah Teow Hvien dari 2 Melewar yang muncul Johan Keseluruhan 3rd International Children’s Art Competition, anjuran Ministry of Education, Republik Azerbaijan...