Land Rover 4x4 in Schools World Finals

Main Images: 4x4.jpg

Main Images: 4x41.jpg

Sponsorship Drive ( Projek Tajaan) untuk Pasukan 4x4 in Schools SMK King George V ke Land Rover 4x4 in Schools World Finals (12-17 April, 2019, University of Warwick, Coventry, United Kingdom).

Pasukan VINCERA dr SMK King George V yang telah muncul juara kebangsaan Land Rover 4x4 in Schools National Finals 2018 ingin memohon tajaan dari individu dan syarikat korporat yang berkaitan untuk membantu menaja pasukan ini mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Dana yang diperlukan oleh padukan ini adalah sekitar RM50k yang meliputi tiket penerbangan, reka cipta dan pembuatan kereta 4x4, portfolio, booth pameran uniform dll.

Sumbangan boleh buat secara cek atau tunai atas nama : 
PIBG SMK KING GEORGE V
(CIMB:8601051333)

*setiap sumbangan layak mendapat pengecualian cukai dari LHDN

Sila hantarkan bukti sumbangan tuan/puan kepada Guru Penasihat Pasukan di +060139670833 untuk tujuan pengrekodan. Permohonan untuk mendapatkan dokumen seperti surat tajaan, maklumat pertandingan dan prospektus pasukan boleh dibuat ke email berikut: bh833gan@gmail.com

Terima kasih di atas segala sumbangan ikhlas dan bantuan daripada pihak tuan/puan.

Vincera
SMK King George V

sheenakgv on February 10 2019 12:13:00 | 0 Comments | Print

GEORGIAN RUGBY U17

Main Images: rugbyu17.jpgTahniah kepada pasukan Georgian Rugby U17, Pengurus Pasukan, Jurulatih dan pemain. Telah memenangi Naib Johan Cup ketegori B17 kejohanan Ragbi Arau GIR 7's 2019 Peringkat Kebangsaan.

sheenakgv on February 10 2019 07:10:00 | 0 Comments | Print

WELCOME BACK TO SCHOOL 2019

Main Images: kembali_ke_sekolah.jpgAssalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Pihak kami mengucapkan tahniah dan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid.Selamat datang juga kepada murid tingkatan 1.Ingatlah kata-kata ini.

"Kami datang dengan harapan dan
kami pulang dengan kejayaan"

Semoga sesi persekolahan 2019 ini memberi kita motivasi dan semangat untuk terus menuntut ilmu.Bagi ibu bapa, tentunya ingin melihat anak-anak berjaya dengan cemerlang.Baik dari sudut sahsiah mahupun akademik.Sama-sama kita tunjukkan pekerti dan tauladan yang mulia kepada mereka.

sheenakgv on January 01 2019 15:16:00 | 0 Comments | Print

SELAMAT DATANG PENGETUA BARU SMK KGV

Main Images: roslin1.jpg

 

 

Pada 3 Disember 2018, SMK KGV telah menerima pengetua baru iaitu Tn Hj Roslin Bin Balia yang menggantikan mantan pengetua yang telah bersara pada bulan November 2018. 
Pada 3 Disember 2018 merupakan pertemuan pertama beliau bersama guru-guru dan semua murid. Kehadiran yang sememangnya ditunggu-tunggu disambut dengan sederhana dan penuh kesyukuran. Sesi taaruf / suai kenal telah diadakan semasa perhimpunan pagi yang bertempat di dataran SMK KGV. 
Seluruh warga SMK KGV ingin mengucapkan "selamat datang dan selamat menjalankan tugas" kepada Tuan Hj. Roslin. Semoga dengan kedatangan pengetua baru ke sekolah kami bakal meneruskan dan memantapkan lagi kecemerlangan yang dibina di SMK KGV.

sheenakgv on December 03 2018 13:13:00 | 0 Comments | Print

PUBLIC SPEAKING COMPETITION

Main Images: pspeaking.jpg

Tahniah kepada Shalini Kurup Johan pertandingan Public Speaking 2018

sheenakgv on November 12 2018 12:12:00 | 0 Comments | Print

Users Online

Guests Online: 1

Members Online: 0

Total Members: 6
Newest Member: Accoche

Login

Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.

Announcement



Kami mengalu-alukan cadangan anda untuk penambahbaikan web ini agar lebih mesra pengguna dan berinformatif....Terima kasih.

Majlis Perasmian Speaker Corner SMK KING GEORGE V

Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj Razib Bin Jamaludin





Trial SPM 5 NOVEMBER 2019 - 6 DISEMBER 2019. Good luck to all candidates. A is not easy but it is not impossible

SEMUA "A" BUKAN MUDAH TETAPI BUKAN MUSTAHIL