KEPUTUSAN STPM 2018
Posted by sheenakgv on March 12 2019 14:14:00

Main Images: stpm1.jpgMain Images: stpm2.jpg

KAMI ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon STPM tahun 2018 kerana telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang diumumkan pada hari ini.

Anda telah berjaya membuktikan bahawa anda boleh mencapai kejayaan yang cemerlang jika ada kesungguhan dan usaha gigih tanpa mengenal putus asa.

Kejayaan yang anda capai ini juga akan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon STPM pada tahun ini.

Bersyukurlah dengan kejayaan yang telah anda peroleh hari ini dan jadikannya sebagai titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Semua guru dan ibu bapa anda juga pastinya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Pasti mereka sentiasa tersenyum melihat kejayaan anda kerana titik peluh mereka selama ini untuk melihat kejayaan anda menjadi kenyataan pada hari ini.