KATA-KATA ALUAN TUAN PENGETUA

Main Images: roslin.png

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Laman Sesawang SMK KGV. Dalam era pemindahan maklumat menjadi nadi utama kejayaan sesuatu sistem, seseorang harus dihubungkan secara meluas dan pada masa yang tepat untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan sesuatu tindakan. Dalam hal ini, cara yang lebih berkesan untuk menghantar maklumat yang diperlukan, ialah melalui laman web iaitu media yang paling sesuai untuk memberi maklumat dan memperkukuh hubungan antara individu kerana cirinya yang fleksibiliti dan keberkesanannya. Untuk tujuan ini, sekolah telah melaksanakan inisiatif awal dengan menghasilkan sebuah laman web yang bertepatan dengan strategi, teras kedua dari Blue Print Pendidikan Nasional 2006 - 2010 (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu ‘Membina modal insan’. Teras kedua ini memberikan penekanan kepada pembangunan semua pelajar yang secara holistik dalam memenuhi keperluan dunia.

Pembangunan laman web ini juga merupakan sebahagian dari strategi yang diambil oleh sekolah untuk memenuhi matlamat tersebut. Pengwujudan Buletin Georgian SMK KGV sekolah diharapkan dapat memenuhi keperluan untuk memenuhi bahagian muka rangkaian yang hadir hari ini. Tidak dapat dinafikan bahawa Board sekolah dapat dimanfaatkan oleh pelajar sebagai platform untuk belajar dan membuat laman web sendiri dengan bimbingan guru, di samping dapat digunakan oleh pelajar untuk mengembangkan kemahiran mereka dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, bidang ini memerlukan usaha dan tumpuan daripada pelajar untuk berjaya mencipta halaman yang bermaklumat dan interaktif. Penglibatan dan kerjasama amat diperlukan oleh semua pihak, bukan hanya oleh pasukan VLE Frog sendiri, tapi daripada semua pelajar SMK King George V. Sebagai kesimpulan, perlu untuk sekolah untuk memiliki laman web yang dihasilkan oleh pelajar untuk menghubungkan sekolah dengan dunia maya. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan laman web sekolah atas kejayaan mencipta laman web yang bukan sahaja memaparkan maklumat berkaitan sekolah, tetapi juga dalam masa yang sama dapat menjulang martabat SMK King George V.

Veni, Vidi, Vici

 

Roslin Bin Balia

Pengetua SMK King George V

Users Online

Guests Online: 1

Members Online: 0

Total Members: 5
Newest Member: siti zaharah

Login

Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.

Announcement



Kami mengalu-alukan cadangan anda untuk penambahbaikan web ini agar lebih mesra pengguna dan berinformatif....Terima kasih.

Majlis Perasmian Speaker Corner SMK KING GEORGE V

Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj Razib Bin Jamaludin





Trial SPM 6 OGOS 2018 - 7 SEPTEMBER 2018. Good luck to all candidates. A is not easy but it is not impossible

kgv 10's


SEMUA "A" BUKAN MUDAH TETAPI BUKAN MUSTAHIL