Kata-kata aluan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 (Pra-U)

Main Images: cikgu_nazri.jpg

Allahmdulillah segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

 

Transfomasi Tingkatan Enam telah dilaksanakan mulai tahun 2013 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pada penghujung tahun 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah menjenamakan semula Tingkatan Enam dan STPM / STAM bagi menggalakkan lebih ramai murid mengikuti pilihan kelayakan tersebut. Usaha ini akan menjadikan kelayakan Tingkatan Enam setanding dengan program prauniversiti yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta. Sekolah yang menawarkan Tingkatan Enam akan diberi kuasa membuat keputusan bagi memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk mengupayakan pelajar menjadi lebih bersedia bagi kemasukan keuniversiti.

 

      Pendidikan Tingkatan Enam merupakan inisiatif Kementeriaan Pendidikan untuk meningkatkan imej dan kualiti di samping memantapkan sistem pendidikan prauniversiti ini. Pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pengoperasian Tingkatan Enam perlu merancang, mengurus, dan melaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan. Tingkatan Enam menyediakan murid untuk melanjutkan pengajian ketahap yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, pengurusan dan pentadbiran serta pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran perlu menjurus kepada keberhasilan murid. Oleh itu, peranan dan penglibatan semua pihak diperlukan dalam memastikan matlamat dan objektif pendidikan Tingkatan Enam tercapai.

 

        Untuk mencapai hasrat ini, pengurusan modal insan di peringkat pelaksana juga perlu melakukan anjakan seiring dengan transfomasi yang dilakukan. Selain itu, pengurusan di Tingkatan Enam juga perlu mengalami perekayasaan agar natijah akhir transformasi ini dapat dicapai. Buku “Pengurusan Prauniversiti SMK King George V Tahun 2017” ini diharap dapat menjadi panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan pengurusan yang  berkesan.

 

 

 

Kudatang, Kulihat, Kutawan.

 

 

MD NAZRI BIN RAHIM

SMK King George V

Seremban

 

    02 Raibul Akhir 1439

    1 Januari 2018

Users Online

Guests Online: 1

Members Online: 0

Total Members: 5
Newest Member: siti zaharah

Login

Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.

Announcement



Kami mengalu-alukan cadangan anda untuk penambahbaikan web ini agar lebih mesra pengguna dan berinformatif....Terima kasih.

Majlis Perasmian Speaker Corner SMK KING GEORGE V

Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj Razib Bin Jamaludin





Trial SPM 6 OGOS 2018 - 7 SEPTEMBER 2018. Good luck to all candidates. A is not easy but it is not impossible

kgv 10's


SEMUA "A" BUKAN MUDAH TETAPI BUKAN MUSTAHIL